Mati, permulaan ke sana.
Ramai manusia yang hidup berkiblatkan dunia semata.
Lupa.Alpa.
Lupa yang diri ni setiap kali tarik nafas,setiap kali tu la maut datang merangkak kat kita.
"Takpe,esok ade.Lek laa."
Perkataan TAUBAT tu dah siap2 save utk time bongkok kerepot duk terlantar atas katil.
Rasa esok tu senantiasa ada.
"Tomorrow never dies" kan?
Lupa juga pada makhluk bernama malaikat maut yang tiap2 hari datang jenguk kita.
Tunggu masa je nak rentap keluar roh kita.


“Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah Sakaratulmaut membawa kebenaran (yang telah dijanjikan, serta dikatakan kepada yang mengingkarinya sebelum itu): Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya!” Surah Qaf ayat 19.

Dan bila mati, dalam keadaan berdosa, nak pakai topeng besi apa nak sorok muka hitam-kelam-berdosa nie bila kena menghadap Allah S.W.T?
Nak selam kat laut mana muka kita yang tak pernah nak sebut nama Allah dalam hari kita.

"Tolong sikit,aku solat la tiap2 hari,kira sebut la tu"
Kat luar solat ada?Ada kita ingat dekat Allah macam mana Allah ingat kat kita?Setiap saat tak pernah lupa bagi nikmat kat kita.

Kita manusia sememangnya buta.
Buta.Pekak.Bisu.
Buta nak lihat betapa sayangnya Allah kat kita.
Buta nak tadabbur dan faham ayat2 Allah.
Pekak nak dengar apa yang Allah cakap kat kita dalam Al-Quran.
Pekak nak dengar kebenaran yang pahit nak terima.
Bisu nak sebut Alhamdulillah bila dapat nikmat.
Bisu jugak nak baca Al-Quran hari-hari.

Manusia juga paling bijak.
Bijak menipu.
Kata "Aku sayang Allah" "Alhamdulillah,aku bersyukur"
tapi bukti?
Satu zarah pun tak ada.

Badan dah cacat sangat sampai tak mampu nak solat?
Badan dah lawa sangat sampai semua nak tunjuk?
"aku pakai tudung la,pakai baju sume,tutup aurat la tu"
Oh,tudung simpang lilit tak tutup dada dengan baju ketat tahap alien dengan seluar legging ntahhapehape tu,tutup aurat eh?
Dan
Badan dah hebat sangat sampai tak nak dengar perintah Allah?
Badan hebat tu lah yang nanti Allah campak dalam api neraka.
Hangus.Rentung.

Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” Surah An-Nisa’ ayat 56.


Sekali dah sampai neraka, jangan mimpi nak balik ke dunia semula.


“Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin.” Surah As-Sajdah ayat 12.


Berbaloi ke tukar kehidupan akhirat yang selama-lamanya dengan dunia yang beberapa tahun ni je?
Nak ke gelak ketawa gembira atas dunia ni lepas tu kat akhirat menangis keluar air mata macam air terjun yang kalau boleh sampai nak kering kontang tapi tak mampu nak kering sebab azab yang amat sangat.

Itu semua pilihan.
Pilihan sementara jantung masih nak berdetak.

Comments (1)

On January 25, 2012 at 4:42 PM , Umi Rasyidah Rahmat said...

Sekali dah sampai neraka, jangan mimpi nak balik ke dunia semula. seram...