Seorang lelaki mengadu kepada Imam Sahl bin Abdullah At-Tustari.
"Wahai tuan...Ada orang masuk ke rumahku lalu mencuri hartaku dan merosakkan barang-barangku."

Imam Sahl menjawab:
"Bersyukurlah kepada Allah S.W.T kerana bukan syaitan yang masuk ke dalam hatimu,lalu mencuri imanmu dan merosakkan tauhidmu."




Alhamdulillah bukan iman dan hati aku yang dicuri syaitan.
Alhamdulillah hanya harta dunia sementara yang dicuri manusia.
Harta yang bukan milik mutlak aku.
Alhamdulillah Allah sangat pemurah pinjamkan aku handphone selama beberapa bulan.

Dan Allah ambil kembali hak Dia.
Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa dan Maha Penyayang.
Allah Maha Mengetahui.


Kalau kita letak harta dunia tu dalam hati,memang menangis menyesal nonstop la bila hilang handphone baru.
Tapi kalau kita letak harta dunia tu atas tangan yang bilabila masa kita akan lepaskan,
hati tak akan sakit dengan kehilangan itu.
Sebab Hp itu cuma harta dunia yang tak akan beri erti walau sedebu pun dekat akhirat nanti.



 إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
 
  Innalillahi wa inna ilaihi roji’un
 
“sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

Comments (1)

On April 3, 2012 at 9:50 PM , ur buddy said...

ehem...
baru buat blog ke buddy?