1) Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu ni`mat yang banyak.(2) Maka dirikanlah shalat karena Tuhanmu dan berkorbanlah. (3) Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus (dari rahmat Allah). (Q.S. Al-Kautsar: 1-3)
Pengertian Qurban dari bahasa Arab ialah 'dekat'.
Mendekatkan diri kepada Allah.
Hari raya Aidiladha bukan diertikan dengan masak-masak daging lembu dan kambing dengan pelbagai rasa.
Bukan juga diertikan dengan makan daging sembelihan berkilo-kilo sampai tak larat nak bergerak.
'(2) Maka dirikanlah shalat karena Tuhanmu dan berkorbanlah. '
'...dan berkorbanlah'.
Seharusnya kita insaf ia adalah tuntutan kepada kita sendiri.
Berkorban semata-mata nak dekatkan diri kepada Allah.
Bukan hanya pada 4 hari ini sahaja. tapi untuk sepanjang hidup kita.
Belajar berkorban jiwa dan harta demi nak tegakkan agama Allah.
Belajar untuk mengutamakan orang lain lebih daripada diri sendiri.
Belajar untuk memastikan kesempurnaan dalam ibadah solat,puasa, aurat dan ibadah yang lain sebagaimana kita pastikan kesempurnaan semasa memilih haiwan korban.
Dan terlalu banyak lagi.
itu nota untuk antum semua dan palingpaling utama untuk diri ana sendiri.
Taqabbalallahu minna wa minkum.
Selamat Hari Raya Aidil'adha :)
Semoga Allah permudahkan kita utk menjawab exam.
Study!
Usaha.Doa.Tawakal.Selawat.
Insya-Allah boleh :)
1:46 AM |
Category: |
0
comments



Comments (0)