5 hari itu mengajar aku erti misi hidup aku.
Hidup bukan semata hidup.
Kuasa bukan semata kuasa.
Perjalanan da'wah yg panjang dan penuh ujian perlu kader yg kuat dalam mendepani ujian. Perjalanan da'wah yg jauh itu perlu pengorbanan yang tinggi, hati yang tabah dan mental yang kuat.
Tarbiyah ialah medan untuk para du'at menguatkan diri dengan satu keikhlasan yang benar hanya pada Allah.
Dan harga 5 hari itu tak mungkin sama dengan harga harga yang pernah wujud di dunia ini.
Teruknya diri.
Baru sekarang nak faham apa itu tarbiyah.
Setahun terbazir.
Dan aku tak nak ulang lagi rasa menyesal itu. Tak nak rasa lagi.
Sebab rasa itu sakit.
Sakit kerana tak manfaatkan setahun peluang yang Allah bagi dengan sebenar-benarnya.
astaghfirullah :(
9:41 PM |
Category: |
0
comments



Comments (0)