'Kalau diorang tak nak datang biar je la, aku paling tak suka ajak orang yang memang tak nak dari awal lagi, baik kita fokus yang dekat yang nak dan datang ni je'




Kita ahli yang gerakkan kerja2 da'wah. 

Dan sebagai manusia, part kita adalah mjadi da'ie, iaitu ajak orang ke arah kebaikan. itu tugas kita. part kita.

Kalau kita tinggalkan part kita yang tu dan apa je part lain yang tinggal untuk kita buat? 

Kita buat event bukan untuk penuhkan takwim semata, tapi kita buat event untuk sahabat2 kita semua dapat pgisian tu, kita buat event tu untuk bina biah solehah kat maktab, untuk lihat Islam itu tertegak di maktab, jadi way of life semua orang kat maktab.

Kalau niat kita yang penganjur event tu sendiri pun salah, mcm mana Allah nak lembutkan hati sahabat2 yang lain utk datang ke event tu kalau niat kita tu sendiri tak ikhlas.

Benda tu jadi kosong tak ada apa.

Kita nak semua orang rasa manisnya iman tu, rasa mcm apa yang kita rasa, tak nak ada sorang pun yang tercicir, jadi kita kena buat part kita, tugas kita iaitu ajak, ajak dan ajak. 

Leave the rest to Allah. Janji kita tak tinggal part kita.

 

Kita bukan robot yang tugasnya penuhkan takwim semata.

Kita daie.

Daie yang hidup.


Comments (0)