Mata masih pakai spek invisible brand 'Hubbu Dunya'.
Lihat. Tak mungkin nampak.
Kalau itu sebenarnya cuma kaca yang disadur emas.
Definisikan aku 'dunia'.
اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ 'مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًا وَفِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانٌ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ
[ Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia Ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah- megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; Kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning Kemudian menjadi hancur. dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. dan kehidupan dunia Ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu. ( Al-Hadiid :20 )
Itu apa yang Tuhanku ajarkan aku tentang definisi 'dunia'.
Kagum gembira sebentar untuk 50-60 tahun.
Kemudian mahu menangis kah untuk beribu tahun yang tiada infiniti?
Dunia itu bukan mimpi ngeri kau saat kau terbangun sedar di akhirat sana.
Itu hakikat.
Dunia itu mampu jadi dua.
Antara mimpi indah atau mimpi ngeri.
Untuk jadikan dunia itu mimpi indah atau mimpi ngeri saat kau tersedar di akhirat sana,itu pilihan.
Pilihan saat jantung masih berdetak.
Esok...masih berdetakkah?
Sungguh aku tak mahu tertinggal di belakang.
Melihat yang lain sudah jauh ke depan, mendapat kasih sayang dan cinta Allah.
Kerana usaha dan langkah mereka yang berlari pecut marathon untuk tarik perhatian Allah.
Takuk lama. Aku tak mahu.
Dan tak boleh terus di situ.
Sungguh.
Gerak.
8:10 PM |
Category: |
0
comments


Comments (0)