ICU



'Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?' (2:44)



Diri sendiri banyak mengajak,
Diri sendiri banyak berkata itu ini,
Al-Quran dibaca, dilihat sebaris-sebaris maksudnya,
Buku-buku fikrah dan sirah dibaca,
Tapi kenapa..
Kita kata “aku tak layak ke syurga tetapi aku tak sanggup ke nerakaMu” namun kita hidup di dunia seakan-akan kita cukup kuat untuk rasa pedih api neraka.
 Kenapa hati seakan terhijab?
Hanya mata kasar yang membaca? Mati hati di manakah letaknya?
Sibuk mengajak sana sini, diri sendiri terlupa mahu dakwahkan kah?

“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.”


Surah As-Saff itu, bukan tidak pernah baca, bukan tidak faham.
Sungguh,
Tahu pada akal itu tak sama dengan tahu pada hati.
'akal' itu logik dan 'hati' itu emosi.
'akal' tu untuk bezakan mana yang betul dan salah.
dan 'akal' tak pernah gagal jalankan tugasnya.
tapi 'hati' itu selalu lebih mendominasi. kalau 'hati' rasa tak nak buat, 'akal' akan patuh pada 'hati'.
Di sini 'iman' main peranan.
'hati' sangat mudah cedera bila 'iman' tidak berdiri di tapak 'hati'.
Tahu pada 'akal' itu menimbulkan tahu yang semata.
Tapi tahu pada 'hati' itu menimbulkan tahu+mahu yang akan gerakkan segalanya.




Sudahlah diri.
Kondisi engkau sendiri itu yang perlu rawatan ICU.
Hati yang sakit, bagaimana nak rawat hati yang mati?
Bangkitlah.

Comments (0)