Saat berada di bilik kawalan itu, antara saat yang aku berasa sangat excited.
Walau dah beberapa kali berada di atas itu,
namun rasa yang sama aku rasa setiap kali event.
Di bawah berlangsungnya program,
di atas sangat cemas dirasakan.
Kerana kelancaran di bawah berdasarkan di atas.
Dan sangat bersyukur dan puas setelah tamatnya tugas dan program.


Sungguh aku lagi suka gerak kerja di atas bilik itu, kerana tidak dilihat dan tanpa pengetahuan yang lain,
tetapi hasilnya dapat dirasa oleh orang lain.
Sangat bimbang dengan hati ini.
Syaitan itu licik, membisik tanpa sedar.
Kerana itu wajib istighfar sentiasa.


Seharusnya dalam hidup pun begitu.
Biar yang dilakukan tidak dilihat orang, namun masih dilakukan sebaik mungkin.
Kerana apa?
Kerana tahu ada yang tak lepas memandang walau sesaat.
Kerana tahu ada yang lagi dekat dari urat leher sendiri.
Kerana tahu jika amal itu bukan kerana Dia semata, akan dicampak kembali ke muka saat di sana.


“ Yang melihat kamu ketika kamu berdiri (untuk sembahyang), dan (melihat pula) perobahan gerak badanmu di antara orang-orang yang sujud.” 
(Q.S Asy Syuraa 218-219)

Dia bersama kamu di mama saja kamu berada. dan Allah Maha melihat apa yang kamu kerjakan.” 
( QS Al Hadiid 4)

“ Sesungguhnya Tuhanmu benar-benar mengawasi.” 
(QS Al Fajr 14)


Muraqobah.
Allah itu Maha Melihat.



Comments (0)