"Aku adalah anak panah daripada anak-anak panah Islam, campakkanlah aku ke mana sahaja..."
"aku tetap berjuang demi Islam"


Walau tiada tenang yang dirasa saat berkumpul,
Walau saat berada di kalangan mereka-mereka yang baru, seakan jasad sahaja yang tinggal di situ.
Mungkin masih baru.
Mungkin masih belum membuka ruang pada hati.
Mungkin ikatan itu belum terbina dan hati-hati belum terikat.
Mungkin tidak selesa dengan cara mereka.



“Allah tidak menjadikan bagi seseorang itu dua hati di dalam rongga dadanya…” [33:4]



Sungguh dalam diri tak mampu membahagi rasa.
Suasana yang sangat asing terasa.

Cuma diri akan usaha yang sehabis mungkin,
kerana berpegang pada niat.
Niat itu yang digenggam erat untuk jadi penguat.
Kerana tahu sebab apa diri melangkah masuk ke dunia baru itu.
Walau sakit, bertahan.
Kerana aku anak panah Islam.

Semoga Allah beri kekuatan sentiasa.

Comments (0)