Pusing dengan realiti
Alasan yang tak masuk dek akal.
Tak mampu cerna. Tak terlintas.
Itu realiti nya.


"Ramai orang mampu ubah pemakaian,
tapi tak ramai yang mampu ubah akhlak dan peribadi."

Dan tak mampu sangkal kenyataan itu.

"Tidak lurus iman seseorang hamba itu sehingga hatinya lurus dan hatinya tidak akan lurus sehingga lurus lidahnya."
  

Tudung labuh, berjubah, tutup aurat semuanya.
Alhamdulillah sudah bagus, sangat sejuk hati dan mata.
Namun hati seperti dicampak ke gaung terdalam tatkala telinga mendengar.
Mendengar lisan yang terlafaz.
"Bodoh", "Bongok" "Bangang" dan segala bagai B B yang lain.
 

Mengapa pakaian yang dipakai tidak mampu mendidik akhlak diri?
Mengapa pakaian yang dipakai tidak mampu menyekat lisan daripada meluncurkan kata-kata yang buruk?
Mengapa pakaian yang dipakai tidak mampu mentarbiyah dalaman diri untuk jadi lebih baik?
Apa erti pakaian itu bagi diri?
Tiada erti kah?


Allah tidak nilai luaran semata. Allah nilai hati.
Hati tidak akan lurus selagi lisan tidak lurus.
Dan lisan itu pantulan hati.
Islam itu juga bukan hanya pada pakaian aurat semata.
Ia lebih luas lagi.
Akidah, Ibadah, Akhlak.

'Susah', 'Dah terbiasa'.
Itu alasan yang sering diguna.
Kalau ia benda mudah, bukan mujahadah namanya.


Umpama tatu yang diukir pada kulit,
begitulah sakitnya untuk membuang tabiat, 
membuang kebiasaan yang menjadi darah daging bertahun-tahun.
Betulkan yang biasa, biasakan yang betul.


Bukan salah pakaian. 
Bukan ingin menghakimi.
Bukan ingin bias.
Jauh sekali.


Ini nota untuk diri sendiri.
Dush Dush.

 
 





Bila jiwa kacau risau tentang masa depan,
Bila hati sesak dengan kerenah manusia yang tidak memahami,
Bila jiwa sukar berlapang dada,
Bila hati disempitkan dengan sangkaan buruk terhadap saudara lain,
Bila hati sentiasa ingin marah,
Bila hati mula berjinak dengan nafsu yang Allah tidak redha.


Bila akal lupa tujuan asal hidup,
Bila diri terasa enak berlingkar dengan maksiat,
Bila hati puas melakukan perkara yang tidak berbuah amal,
Bila jasad duduk enak tanpa berbuat ma'aruf.


Bila air mata terlalu sukar untuk dititiskan untuk-Nya,
Bila hati mula mengeras,
Bila fikiran melayang untuk perkara sia-sia,
Bila hati mula berputus asa terhadap rahmat & nikmat-Nya.


Bila diri mula meminta yang berlebihan,
Bila hati mula meminta untuk yang bukan haq,
Bila diri rasa sudah cukup,
Bila lidah terlalu keras untuk mengalunkan zikir.


Bila cemburu terhadap nikmat & rezeki insan lain,
Bila diri berpura baik di hadapan manusia,
Bila hati merasa perbuatan dosa sebagai tidak apa,
Bila diri sentiasa mahu dipuji.


Bila hati tidak yakin dengan janji-Nya,
Bila diri menyesal dengan setiap taqdir-Nya,
Bila hati sentiasa mencari aib & salah orang lain,
Bila diri sentiasa ingin memuaskan selain dari Allah.


Bila hati merasa bebas dari jagaan Allah,
Bila merasa diri milik mutlaq diri sendiri,
Bila hati merasa aman melanggar amanah,
Bila merasakan tiada yang lebih penting melainkan diri sendiri.


Bila diri terlalu banyak beralasan,
Bila setiap perbuatan tidak terniat untuk Allah,
Bila diri mula berasa berat untuk sembah & sujud kepada-Nya,
Bila telinga lebih enak dilagukan dengan selain ayat-ayat suci-Nya.


Bila mulut lebih senang berbicara tentang dunia dari manisnya syurga,
Bila redha manusia lebih dicari daripada redha Allah,
Bila merasa cinta manusia lebih asyik daripada cinta Allah,
Bila hati tidak rindu untuk bertemu-Nya,
Bila hati mula disempitkan dengan dunia,
Bila diri sombong tidak mahu meminta kepada-Nya,
Bila setiap akal, jiwa & jasad terikat dengan dunia.


Hati itu bukan hati yang seharusnya lagi...
Diri itu bukan diri yang sepatutnya lagi...
Pray to Allah sincerely, 
to heal out iman, our heart.










Ingin ditegur, tetapi enggan menerima.
Ironi.


Manusia.
Kadang perkataan 'aku hanya manusia biasa' itu yang sering dijadikan alasan.
Alasan untuk menafikan kekhilafan diri.
Alasan untuk menafikan lemahnya diri melawan hawa nafsu dan syaitan.
Alasan untuk mengelak dari rasa bersalah.


Memang benar, manusia tidak dapat lari dari melakukan dosa.
Itu fakta yang tidak mampu disangkal.
Namun, cuba fikir sekali lagi.
Ada atau tidak usaha untuk 'lari' dari dosa?
Ada atau tidak usaha untuk bertaubat dengan sebenar-benar taubat?
Atau dosa dibiarkan mendekat berlaku dan meletakkan 'aku hanya manusia biasa' sebagai alasan mengelak?

Escapisme.









‘Macam mana kalau jadi diri yang bukan diri?’




‘Kena cepat-cepat cari balik diri asal 

sebelum diri asal itu tak jumpa jalan balik 

semula’



Bukan sengaja mahu jadi diri yang bukan diri.
Kadang timbunan kerja dan tanggungjawab yang semakin bertambah secara tak sedar mengubah diri.


'Kau...makin tegas..'


Kata dia, itu bagus dan perlu.
Rasa aku, pengurusan emosi yang harus lebih dijaga. 
Agar semua berjalan lancar, tanpa ada hati yang tertinggal kesan.



Tersedar, kalau diri kebelakangan ini hanya mampu hasil garis lurus di muka.
Sampai terlupa senyum dan gelak itu rasa bagaimana.



Bimbang diri menjadi fitnah.
Bimbang diri menjadi beban.
Bimbang diri menjadi diri yang bukan diri, 
sampai hilang diri yang asal.


--------------------------------------------------------------------------------------------------





Alhamdulillah, selamat semuanya. 
Tahniah adik beradik :')
Walau kebanyakan waktu hanya mampu dengar dan lihat dari atas,
itu sudah cukup bagi aku.
Tahun-tahun yang cukup pantas berlalu.
Tahun ketiga sudah bersama mereka-mereka.
Rasa yang akan diingat dan dibawa sampai bila-bila.

:')






Penguat-penguat aku :)
Semoga Allah lindungi dan rahmati mereka sentiasa.
Kerana aku sayang mereka. 
Sangat-sangat.











Dunia yang punya jutaan entiti
Entiti yang punya fungsi pada tempat masing-masing, melengkapkan dunia.
Mahu jadi entiti yang memberi manfaat atau memberi mudarat, 
yang menzalimi diri sendiri dan orang lain atau memberi rasa bahagia pada diri dan orang lain,
yang tunduk pada hawa nafsu atau patuh pada perintah Ilahi,
yang berbuat kebaikan atau yang berbuat kemungkaran.



dan jutaan lagi.

Mahu jadi entiti yang mana kah?




"Sesungguhnya beruntunglah orang 

yang menyucikan jiwa 

itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang 

mengotorinya"



(QS. Asy-Syams: 9-10).

---------------------------------------------


Explorecash yang seronok.
Pengalaman yang tak terbeli.
Masjid Jamek - Masjid India - Jalan TAR.
Kali terakhir mungkin, bersama mereka.
Mungkin.



"Kau stay PGPI next year?"



"Um, tengok keperluan..."



:')











Masih belum biasa.
Mungkin sebab itu, kekuatan juga belum cukup untuk melontar kata.
Salah diri yang memang sifat dari dulu begitu.
Akan bisu terkelu.
Allah.Allah.Allah.
Perlu waktu. Perlu kekuatan. Perlu strategi.

Itu medan perang baru.
Dan tanggungjawab kau untuk ubah.

Kalau bukan kau, siapa lagi?


Diri, tolong bertahan.









"Aku adalah anak panah daripada anak-anak panah Islam, campakkanlah aku ke mana sahaja..."
"aku tetap berjuang demi Islam"


Walau tiada tenang yang dirasa saat berkumpul,
Walau saat berada di kalangan mereka-mereka yang baru, seakan jasad sahaja yang tinggal di situ.
Mungkin masih baru.
Mungkin masih belum membuka ruang pada hati.
Mungkin ikatan itu belum terbina dan hati-hati belum terikat.
Mungkin tidak selesa dengan cara mereka.



“Allah tidak menjadikan bagi seseorang itu dua hati di dalam rongga dadanya…” [33:4]



Sungguh dalam diri tak mampu membahagi rasa.
Suasana yang sangat asing terasa.

Cuma diri akan usaha yang sehabis mungkin,
kerana berpegang pada niat.
Niat itu yang digenggam erat untuk jadi penguat.
Kerana tahu sebab apa diri melangkah masuk ke dunia baru itu.
Walau sakit, bertahan.
Kerana aku anak panah Islam.

Semoga Allah beri kekuatan sentiasa.




'Kalau tak mampu ringankan beban, jangan pula jadi beban'


Diri, ingat itu.






Bimbang dengan persepsi.
Bimbang dengan label.
Terlalu banyak aib yang ditutup oleh Dia.


Semoga semua persepsi itu doa.
Dan semoga diri tak menjadi fitnah untuk agama :')

3 hari 2 malam yang memberi bateri baru dalam hidup.
Kalau selesa duduk diam sahaja, tak usaha nak lari, sampai bila nak sampai ke destinasi?
Sampai bila mampu nak kejar mereka-mereka yang dah beratus kilometer?

Tak salah berhenti sebentar untuk tarik nafas, untuk kumpul kekuatan.
Nanti bangkit semula.
Bangkit dengan momentum dan nafas yang baru,
yang lagi kuat dari sebelum ini.
InsyaAllah.





"Be who you are,
Say what you feel,
Because who mind,
Don't matter,
Those who matter,
Don't mind."


Mungkin kerana otak tepu,
emosi turut sama.
Kalah dengan emosi.


Bila nak matang ni?

-5/2/2014-








Even where confidence is wounded,
 trust impaired.








Setiap kali teringat kata itu, 
setiap kali itu tersentak dan tersentap.

"Andai kata kita menang, bukan kerana kuatnya kita, tetapi kerana lemahnya pihak lawan/musuh "


Dush.Dush.





Berderau darah saat kata dilafaz.
Bukan kata biasa.
Kata janji yang diikat pada Dia.
Menggigil diri.
Mampukah tertunai kata-kata itu?



3 hari 2 malam yang menjadi 'tukul pengetuk' pada diri.
Agar tak terus tidur.
Agar sedar diri itu sedang di dalam janji.
Istiqamah itu hanya akan kau dapat dengan pasti setelah diri tak lagi bernafas.
Soalnya, akhir jenis apa kah diri ini nanti?



Terlalu banyak lagi yang perlu dicari.
Terlalu banyak lagi yang perlu digali.
Dengan bekalan apakah yang diri persiap untuk terus kekal berada di atas jalan ini?
Bimbang kalau-kalau nanti tergolong dalam 'al mutasaqitun'.
Kalau tiada bekalan, akan lemah, lapar, dan langkah pun terhenti.
Futur.
Wa iya zubillah.


Seseorang kata' kena cari adik beradik  baru untuk 'dia' untuk ganti tugas 'dia' nanti bila 'dia' dah tak ada'. 
Baru betul-betul tersedar akan perlunya kemahiran itu.
Perlunya 'adik-beradik' baru itu.
Cuti bulan 5 ni kena sungguh-sungguh belajar ni. Aish.


Suasana tenang, dalam senyap ukhuwwah dibina.
Tanpa sedar ruang itu semakin mengecil.
Diri senyum.
Bersyukur mendapat mereka-mereka sebagai teman penguat seperjuangan.


Allah, payungilah mereka sentiasa di bawah rahmat Mu.
Semoga mereka selamat dunia akhirat.
Dikurniakan cahaya taufiq dan hidayah.
Tsabat dalam perjuangan ini.
Dan kami dapat bertemu bergembira bergelak sama di syurga sana juga :')
Aku sayang mereka-mereka. Kerana Allah.
Sangat.


Urat berselirat bila terlintas tentang taklifan-taklifan yang digalas serta 'bakal' digalas.
Semoga Allah permudahkan.
Doakan aku, sahabat.






Masa silam yang sudah dibunuh.
Sudah selamat dikebumikan.
Ditalkinkan sekali.
Pergi tak kembali.


Sesuatu yang sudah dibunuh, 
mana mungkin hidup kembali?
Masih tidak faham kah?







Bahagialah bila
Kau masih punya mimpi
Hidup hanya sekali

Berikanlah yang terbaik.



Andai satu saat kau hilang segalanya,
cukuplah kalau kau masih punya harapan.
Kau masih punya mimpi.
Harapan kepada Dia.

Dengan harapan dan mimpi itu,
 kau takkan rebah.





Seeing with the eyes of another,
Listening with the ears of another, 
and 
Feeling with the heart of another.

It's empathy.
The value that human always overlooks.



 Juga manusia.
Hati yang bukan batu.
Hati yang punya rasa.







Haih, rindu sorang sorang makhluk makhluk itu.

Cuti tinggal 6 hari lagi.


Berdiskusi dengan seorang sahabat.
Konklusi dicapai.
Berhenti dengan sikap kebudak-budakan,
kerana akhirnya hanya akan ke titik yang tak indah.
Kembali kepada diri yang asal.
Bukan diri yang bukan diri.

Kerana itu cuma angin biasa yang boleh dapat di mana-mana.
Berlalu tanpa ada kesan pada diri.

Aku juga rasanya sudah padam semua.
Dan ternyata itu tersangat lebih tenang.
:)


Hak





Jangan hanya kerana sebutir pasir tak berharga,
 mutiara putih 'ukhuwwah' menjadi taruhan.
Aku percaya masing-masing punya hak.
Hak untuk bertanya, hak untuk membela diri,
hak untuk berkata.
Buntu mahu melangkah ke arah mana.
Lantas aku putus diam membisu.
Agar tiada yang tercalar lagi.
Cukup sudah.








Sungguh mendengar itu tak sama dengan merasa.
Setiap kali mendengar mereka-mereka bercerita tentang tarbiah yang mereka dapat,
Setiap kali itu mata bergenang, kerana sedih dan jealous.
Sedih kerana belum berpeluang merasa tarbiah limited edition itu.
Jealous dengan pengalaman dan tarbiah yang mereka dapat.
Hati meruntun ingin pergi. Sungguh.



Moga Allah lembutkan hati keluarga aku untuk memberi peluang aku merasa tarbiah yang sama dengan mereka juga pada tahun hadapan. 
Ameen.